Betapa pentingnya oksigen kepada badan yang sihat? Ramai pakar menyimpulkan bahawa kekurangan oksigen dalam sel dan tisu manusia adalah penyebab utama kepada banyak (dan mungkin semua) jenis masalah kesihatan dan penyakit, dan terapi oksigen tambahan (la nie dengan cara minum Teh Emas).
Ada banyak jenis terapi oksigen berkesan yang boleh didapati sekarang. Apa itu terapi oksigen? Terapi oksigen adalah mana-mana proses tambahan yang dapat meningkatkan kebolehdapatan kandungan oksigen terlarut di dalam badan secara selamat. Terapi juga boleh termasuk proses yang meningkatkan keupayaan badan menggunakan atau menggalakkan penyerapan oksigan. Kebanyakan rawatan adalah mahal dan perlu diambil atau dijalankan di bawah pengawasan ahli profesional perubatan yang berlesen (la nie, minum jer)
Tanda-tanda Kekurangan Oksigen
Tanda-tanda awal kekurangan oksigen termasuk kelemahan keseluruhan, kelesuan, masalah peredaran darah, masalah penghadaman, kesakitan otot, pening, kemurungan, hilang ingatan, tidak rasional, lekas marah, perut berasid dan masalah pernafasan. Apabila sistem imun mengalami kekurangan oksigen, badan akan menjadi lebih terdedah kepada jangkitan bakteria, virus dan parasit, serta demam selesema.
Kekurangan oksigen boleh juga membawa penyakit yang membawa maut seperti kanser. Kanser dan kebanyakan jangkitan atau penyakit tidak boleh hidup di dalam persekitaran yang kaya dengan oksigen. Menurut Dr. Otto Warburg, pemenang Hadiah Nobel sebanyak 2 kali, ?Penyebab utama kanser adalah penggantian pernafasan biasa sel badan dengan pernafasan sel secara anearobik ( kekurangan oksigen).
Apabila para saintis menganalisis kandungan oksigen dalam gelombang udara yang terperangkap di dalam gerudi kerak ais di Antartika, mereka dapati bahawa pada suatu masa dahulu, atmosfera Bumi mengandungi antara 38%-44% oksigen. Dengan peredaran zaman, peningkatan pencemaran, peningkatan toksin, pemusnahan hutan hujan dan pengurangan penghasil oksigen lain telah mengurangkan tahap oksigen di atmosfera zaman moden ini dari lebih 38% hingga ke kurang daripada 20%. Oleh sebab badan kita bukan dibentuk bagi penggunaan oksigen bertahap rendah, toksin yang berbahaya akan berkumpul dalam sel, tisu, organ dan aliran darah kita. Bagi tujuan perbandingan, tahap oksigen pada 6% boleh menyebabkan kenudaratan dan kematian.
Kita boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan, beberapa hari tanpa air, tetapi jika anda berhenti bernafas dari saat anda mula melayari laman web ini, pasti anda tidak lagi dapat membaca petikan ini sekarang!
Oksigen adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan.
Tanpanya manusia tidak dapat hidup, tetapi oksigen yang berlebihan juga boleh membunuh. Walau bagaimanapun, kita amat bernasib baik kerana tubuh badan kita memang telah dijadikan Allah s.w.t. untuk menangani masalah hasil terbitan aktif oksigen yang dikenali sebagai “free radical” atau radikal bebas. Ini membolehkan tubuh badan kita memaksimumkan kegunaan oksigen dan kekal hidup dengan sihat. Rahsia tubuh badan dapat menangani “radikal bebas” ini ialah “anti oksida”. Tanpa “anti oksida” kita akan maut dalam beberapa saat sahaja. Selain daripada itu, walaupun tubuh badan tidak terdedah secara langsung dengan sumber yang mengandungi bahan radikal bebas, kita masih memerlukan anti oksidan kerana sistem metabolisme tubuh kita juga menghasilkan radikal bebas yang banyak.
Faktor Yang Mempercepatkan Proses Penuaan dan Risiko Penyakit
Semakin kita berusia, tisu dan organ di dalam tubuh badan kita juga melalui proses penuaan dan ini menyebabkan ia lebih mudah mendapat penyakit.
Proses ini adalah suatu perkara yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. Meskipun demikian, terdapat perbezaan dari segi kesihatan dan pola penuaan antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Contohnya, seorang individu itu mungkin masih aktif dan cergas walaupun telah berusia 70 atau 80 tahun berbeza dengan seorang lagi individu yang yang menghidap pelbagai penyakit walau baru berusia dalam lingkungan 40an.
Mengapa perbezaan ini terjadi? Hasil daripda kajian yang dijalankan didapati proses penuaan dan proses terjadinya penyakit mempunyai kaitan dengan tahap radikal bebas atau oksigen aktif di dalam sel-sel tubuh. Sel-sel yang teroksidasi disebabkan oleh oksigen aktif di dalam tubuh badan akan kehilangan keupayaannya. Apabila tindakbalas oksidasi ini berlaku, ia akan menyebabkan proses penuaan terjadi dengan pantas dan tubuh badan mudah mendapat penyakit. Sebab tubuh badan menjadi “berkarat” apabila radikal bebas dikumpul di dalam tubuh badan. Sel membran amat mudah rosak apabila radikal bebas dalam bentuk oksigen aktif dihasilkan di dalam tubuh badan.
Tubuh badan manusia mengandungi lebih kurang 60 trillion sel. Apabila membran sel-sel ini teroksidasi, satu bahan yang dipanggil lipoperoksid akan terhasil. Lipoperoksid inilah yang kita penggil “karat” di dalam tubuh badan manusia. Apabila sel membran kita “berkarat”, fungsinya akan menjadi lemah dan ia juga akan menyebabkan membran lain yang berada di sekelilingnya turut “berkarat” dalam satu tindakbalas berantai. Ini akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan pantas dan pelbagai penyakit menyerang.
Jadi mengapa perlu merisikokan kehidupan yang boleh kita kawal?
Oleh itu, jadikan minumlah Jus Emas sebagai hidangan keluarga anda ... senang dan mudah disediakan ...
Jangan tunggu lagi ... Hubungi Pengedar Tunggal sekarang :-)
.
.
.
.
.