Dua campuran asas yang terdapat di dalam Jus Emas yang akan membuatkan anda terasa segar selepas meminumnya iaitu Fructus Momordicae dan Premium Sugar Cane (gula tebu organik). Masing-masing adalah pada nisbah 95% dan 5%.
Selain dari kandungan herba didalam buah Momordicae, terdapat juga gula dari sumber semulajadi yang lain seperti fruktos (di dalam buah-buahan), laktosa (susu), maltosa (dalam makanan seperti oat, jagung dan lain-lain). Ia mempunyai faedah yang baik dalam bentuk nutrien.
Walaupun buah ini pada asalnya sudah manis, namun 5% gula tebu organik perlu dicampurkan bagi membolehkan Jus Emas dikiubkan. Kandungan asli Momordicae yang terdiri dari 0.05% gula tebu organik adalah gula tebu mentah yang belum diproses menjadi gula pasir. Walaupun kandungannya rendah, tetapi gula tebu organik ini banyak memainkan peranan dalam mengawal penyakit terjangka.
Gula tebu organik diperbuat dari perahan jus tebu dan dikeringkan. Kandungan pekat dari perahan jus tebu atau disebut nira (molasses) tidak dibuang menjadikan warnanya perang. Ia berbeza dari gula putih kerana ia diproses (refined) secara kimia. Gula putih adalah sukros, ia adalah kristal putih yang terhasil setelah proses membuang semua vitamin, molasses, mineral, protin, serat dan lain-lain kandungan yang berfaedah terkandung di dalam air tebu. Nama lain bagi gula putih ini adalah gula sintetik. Ia tidak terdapat di alam semulajadi, sangat merbahaya kepada manusia, malah tidak sesuai untuk dimakan. Gula putih adalah ’madu’ yang merbahaya.
Akibat Dari Gula Putih
Apabila badan memerlukan tenaga, ia akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain seperti nasi, ikan, daging, sayur, susu, buah-buahan ubi kentang dan lain-lain kepada glukosa. Jika dikira, pengambilan makanan seharian kita; dua kali hidangan nasi dan juga makanan sampingan lain mempunyai jumlah kalori (tenaga) yang jauh lebih banyak dari tenaga yang diperlukan oleh badan (mengikut aktiviti individu). Bila ditambah dengan minuman harian yang berdasarkan gula putih, kalori yang berlebihan ini memberi kesan buruk pada kesihatan badan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti
Gula putih sebenarnya dalam diam menjadi racun dalam kehidupan harian. Kehidupan yang murnia sebenarnya telah diancam oleh kepentingan-kepentingan tertentu. Secara kasar di Malaysia, keadaan dimana gula menjadi seperti satu kewajipan di dalam kehidupan seharian sebenarnya telah mengancam kita.
Untuk mengetahui fakta nutrition Jus Emas, sila klik sini. >>> Fakta Nutrition