Asal Usul Jus Emas
Buah Momordicae atau Fashion Fruit atau Luo Han Gao sememangnya telah dikenali oleh ahli Curcubitaceae. Buah ini yang sememangnya terkenal dengan rasa manis semuladi.
Nama Saintific adalah Siraitia grosvenori (Swingle) Curcubitaceae Syn., Thladiantha grosvenori (Swingle) Momordicae grosvenori (Swingle). Dikalangan rakyaat tempatan buah ini turut dikenali sebagai Lo Han Guo, Lo Han Kuo, Luo Han Guo, Lor Hon Kor, Ge Si Wei, Ruo Guo, Ra Kan Ka, Monk Fruit, Arhat Fruit, Momordica Fruit, Momordicae Grosvenori Fructus, Longevity Fruit, Magic Fruit dan banyak lagi. Nama Latinnya adalah Siraitia Grosvenori dan herba yang popular yang terdapat di dalamnya adalah herb jiaogulan (Gynostemma pentaphyllum).
Momordicae ini telah berkembang menjadi pemanis bukan kalori untuk bersaing dengan pemanis herba yang lain.
Momordicae baru-baru ini telah berkembang menjadi pemanis tanpa kalori yang boleh digunakan untuk orang gemuk dan pesakit diabetes.
Rasa manis Momordicae berasal dari keluarga Mogrol. Keluarga Mogrol mempunyai asal-usul yang sama: Mogroside VI dan Mogroside V mempunyai cirri-ciri manis tersebut. Mogroside V mempunyai 256-344 kali rasa lebih manis dari gula dan Mogroside VI mempunyai 125 kali lebih manis sebagai gula dengan berat.
Momordicae ini popular di Selatan China kerana ia menjadi pembantu bagi masalah dalaman seperti batuk dan sakit tekak. Momordicae sesuai sebagai bahan anti-penuaan semulajadi.
Herba yang berada pada buah ini iaitu herba jiaogulan mempunyai kehebatan antioksidan dan melambatkan proses penuaan. Disebabkan oleh kehebatan luarbiasa, Momordicae, kini telah dipatentkan oleh Protect & Gamble – syarikat produk kesihatan terkemuka di USA.Penemuan terbaru berkaitan dengan ekstrak pati Momordicae berkesan dalam pencegahan dan rawatan gastritis atau ulser perut dan Momordica Saponin. Pati ini berkesan dalam pencegahan dan rawatan gastritis atau ulser perut kerana pati buah ini mengelakkan kerosakan mukosa perut dan menghalang kembung perut.